Nuffnang

Friday 28 August 2015

Penutupan jalan di Kuching sempena himpunan Bersih 4.0


KUALA LUMPUR: Polis Sarawak akan menutup tujuh jalan menuju ke Padang Merdeka sempena 'Op Aman 8 Bersih 4' setelah himpunan Bersih 4 dibenarkan diadakan di Padang Song Kheng Hai.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata tujuan penutupan tersebut adalah bagi menjaga ketenteraman awam di bandaraya tersebut.

Penutupan jalan akan bermula pada jam 8 pagi Jumaat, 28 Ogos dan berakhir jam 12.01 tengah malam Ahad, 30 Ogos 2015.

Jalan-jalan yang terlibat ialah:

1. Jalan RTM/Jalan Satok traffic light
2. Jalan Reservior
3. Jalan Mcdougall
4. Jalan Wayang
5. Jalan Main Baazar
6. Jalan Market/Jalan Power
7. Jalan Masjid

"Orang ramai dikehendaki untuk menggunakan jalan alternatif ke kawasan sekitar Padang Merdeka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, katanya orang ramai juga dinasihatkan mengikut tanda-tanda isyarat lalu lintas oleh pegawai polis bertugas dan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalulintas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang