Nuffnang

Friday 28 August 2015

Penjawat awam Sarawak tidak dibenarkan sertai Bersih 4.0 - Adenan

KUALA LUMPUR: Walaupun perhimpunan Bersih 4.0 diberi lampu hijau untuk dianjurkan di Kuching, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertainya, kata Tan Sri Adenan Satem.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Ketua Menteri Sarawak itu menegaskan walaupun perhimpunan seumpamanya yang mengikut undang-undang merupakan hak masyarakat sivil, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertai Bersih 4 kerana mereka tertakluk dalam Perintah Am.

Kenyataan Adenan merujuk pada kekeliruan yang timbul daripada jawapan beliau sebelum ini tentang perhimpunan tersebut.

Di Sarawak, perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mendapat kebenaran untuk mengadakannya di padang Song Kheng Hai pada 29 Ogos.

Bagaimanapun pada masa yang sama, Adenan menasihati peserta perhimpunan agar mengekalkan cara Sarawak melaksanakan urusan iaitu segalanya perlu berjalan dengan lancar dan aman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang