Nuffnang

Saturday 22 August 2015

Lupa tutup api rumah tinggal abu

Lubok Antu: Kecuaian seorang suri rumah yang tidak menutup api selepas memasak mengundang padah apabila perbuatannya itu dipercayai menjadi punca sebuah rumah panjang 28 pintu di Ulu Engkari di sini, musnah dalam kebakaran kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang, lebih 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang yang diperbuat daripada kayu dan buluh itu hangus dijilat api.

Sumber berkata, difahamkan, seorang wanita berusia 30-an memasak di dapur, namun terlupa menutup api dapur gas ketika keluar kediaman sebelum bersembang dengan jirannya di beranda rumah panjang terbabit.

“Api yang mula merebak dari dapur disedari jiran, namun usaha penduduk untuk memadamkannya tidak berhasil. Penduduk juga gagal menyelamatkan barangan berharga serta dokumen penting masing-masing kerana api merebak dengan pantas.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan penduduk kerana masing-masing sempat menyelamatkan diri sejurus kebakaran berlaku.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong Sapuan Abu berkata, sebuah jentera bersama anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran daripada orang awam.

“Katanya, sebaik tiba, keseluruhan rumah panjang itu sudah hangus terbakar. Punca dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

PENDUDUK melihat kediaman yang musnah dalam kebakaran di Ulu Engkari, Lubok Antu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang