Nuffnang

Sunday 9 November 2014

‘Keputusan luar biasa’

Putrajaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau berasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan .

“Ia satu keputusan agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.

“Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang berasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh ‘mencelah’ untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan diteliti semula.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.– BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7931#sthash.Sg239nMY.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang