Nuffnang

Sunday 9 November 2014

Final Akademi Fantasia 2014 Pusingan 2



Sebelum pusingan kedua bermula, Dayang Nurfaezah telah membuat persembahan diikuti oleh Ning Baizura dengan suara suprano nya dan persembahan dangdut daripada Mas Idayu.

Kedudukan Terkini Firman, Adel, Ewal, Nuha, Aman. Ini memberi debaran kepada semua pengundi-pengundi rasanya. siapakah pemenang malam ini.

Pusingan kedua ini dimulakan dengan Adel, beliau malam ini akan mendendangkan lagu baru berjudul Hati. Adel sebelum ini pernah terkeluar pada minggu ke 7 dan diserap masuk ke Final oleh Fakulti Akademi. Peluang kedua memberi laluan kepada Adel untuk memberi persembahan terbaik.

Adel - Hati
Bagi pusingan kedua ini Ewal mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh HAFIZ juara AF7 berjudul Matahari. Mempunyai vokal yang mantap dan mendapat pujian daripada juri.

Ewal - Matahari

Aman mendendangkan lagu single terbaru beliau Without You. Lagu ini memang sesuai dengan suara beliau yang manja manja hehehe... memang dia nie cute manja...

Aman - Without You

Persembahan terakhir Nuha malam ini memang menguji vocal dengan mendendangkan lagu 3 suara beribu sesalan. diawal persembahan aduhhhhh Nuha lupa lirik sedikit. mungkin emosi dia terganggu sedikit...

Nuha - Beribu Sesalan

Pelajar terakhir adalah Firman yang mendendangkan lagu baru beliau yang memang superb di Pintu Mu. Suara dia ni memang bakal menjadi juara AF 2014. 

Firman - Dipintu Mu
Siapakah Juara Akademi Fantasia 2014 pada malam ini?... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang