Nuffnang

Sunday 2 November 2014

Adel pelajar pilihan AF Serap

SHAH ALAM: Adel menjadi pelajar yang kembali bersaing dalam Akademi Fantasia 2014 (AF2014) menerusi AF Serap yang diumumkan pada konsert separuh akhir malam ini.

Beliau mengiringi empat pelajar lain iaitu Firman, Ewal, Nuha dan Aman beraksi di pentas final minggu depan.

AF Serap mirip AF Masuk yang pernah diperkenalkan dalam rancangan AF sebelum ini iaitu membawa masuk semula pelajar yang pernah tersingkir.

Bagaimanapun, AF Serap adalah keputusan yang dibuat sepenuhnya oleh pihak fakulti berbanding AF Masuk yang dibuat berdasarkan undian penonton.

Linda Nanuwil dan Aril menjadi antara pelajar yang dimasukkan semula pada edisi AF sebelum ini dan bersaing di pusingan akhir serta masing-masing menjadi naib juara.

Mawi dan Shahir pula antara pelajar AF Masuk yang kemudiannya diangkat menjadi juara.

Konsert malam tadi menyaksikan Azwan yang sebelum ini sentiasa berada di tangga teratas carta undian tersingkir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang