Nuffnang

Monday 30 December 2013

Kejadian Yang Membinggungkan 30 Disember 2013

Pada 30 Disember 2013 pagi jam 8am aku berangkat ke tempat kerja sambil melihat sungai dibelakang rumah air nya cetek. dalam hati aku wah air tak naik. syukur lah.. sempat juga aku sembang dengan kak suraya jiran sebelah rumah yang membuka perniagaan kedai dhoby.

Hari ini di pejabat aku menyiapkan semua tugasan yang perlu di buat. seperti biasa juga aku masih meradang dengan Maybank cek yang aku terima hari itu masih floating 1 day sejak hari sabtu. Hari isnin pun floating.. 

Aku ke pejabat perbendaharaan untuk collect cek. memang sibuk sangat aku hari ini. banyak benda nak di urusakan. walaupun di pejabat sepi. sampai di Treasury mereka lagi sibuk main fire drill. tunggu lah lama.. 

OTW balik ke opis aku menerima berita baik. Cek HOTFM sudah sampai di pejabat. aku dapat tahu dari teman aku Razi. jadi aku sampai opis rehat kejap n keluar baik nak bank in check. memang remeh jugalah.. 

Maklumlah sejak minggu yang lalu kuching city memang hujan jer. mendung tapi alhamdulillah air sungai tak naik...alang-alang aku ke satok untuk urusan cek aku update terus TAC Maybank aku ke nombor telefon yang baru. mereka kata TAC ada masalah. lantak lah aku tak kisah pun.. yang penting aku sudah update TAC. dulu bagus-bagus dapat update kat ATM Mesin korang nak guna manual pulak.

Satu masalah timbul MyKad atau IC tak boleh nak baca pulak. Sah sah alamat surat menyurat aku di Kementerian. Minta driving lesen. urmmm apa lagi nak minta. Kad Perubatan memang aku kasih.. lepas tu Kad apa Kad Bonus Link bole no hal.. rasa orang asing je. tak cukup itu, Customer service tu siap tanya aku, bila tarikh akhir withdrawal duit. mana lah aku ingat.. lepas tu berapa jumlah.di ATM mana. waduh... bukan main mereka nie aku ni sah sah rakyat malaysia. bukan warga asing. korang tu kalau org yang betul korang tapis dalam dalam.. orang asing buat akaun bank guna IC palsu lepas pulak...hahahah lucu kan orang BANK ini...

semua urusan aku selesai hari ini balik ke Opis dengan memberi 2 set KFC huhuhu biasalah dah dapat RM1700.00 dari hotfm kena sharing-sharing ngan member opis.

Jeng Jeng jam 4:00pm seorang staff aku heboh bagi tau air naik mendadak. Adehhhh aku langsung tak percaya ingat mereka memain. tak lama lepas tu telefon Ibu sarinah maklum air sungai naik mendadak.. nah kompem aku kena balik. sebab rumah aku tepi sungai. 

aku dalam keadaan nervos balik memandu laju bagai nak berlumba. apa yg ada dalam otak aku adalh kucing kucing ku. mereka mesti basah kena air.. adehhhhh mula aku sampai memang sudah depan pintu utama air. aku mula mengemas barang barang penting dan hantar ke rumah atas. 

dalam keadaan berpeluh aku mengemas barang. simpan barang. semua aku main campak2 dalam kotak. aku binggung juga sebab barang penting dan diguna akan di masukkan dalam kotak lepas nie kompem aku lupa kat mana aku letak...

jam 7:00pm aku berehat kejap nak ke Mall beli gula. dan perbaharui Cosway member... wahhh RP aku ada 60 hebat kan.. kekek dapat lg baucar rm500. gila punya pasal...aku beli chopper...

Dalam pada itu, sempat nak BBQ plan asal malam besok 31 Disember 2013 kena buat awal.. takut nie lah banjir..,

jam 12:00 malam aku mandi ... wah memang memenatkan kompem besok lambat bangun...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang